"tak rasa membazir ke kau beli benda benda macam ni?"
Pernah ditanya dengan soalan macam di atas ?
Pokok pangkalnya kalau buat sesuatu perkara mesti ada minat. Kalau dah minat, semua benda nampak okay. Semua perkara ada manfaatnya.
Orang yang minat bola sanggup berhabis duit beli boot dan jersey original. Ada juga sanggup ke luar negara untuk menonton secara live pasukan yang diaorang sokong.
Orang yang minat memancing, joran diaorang boleh tahan mahal. Kita yang tak minat memancing nampak benda tu membazir tetapi tidak pada mereka. Kawan saya siap kumpul duit beli sampan untuk memudahkan dia dan kawan kawan pergi memancing dihujung minggu. Kalau tak pergi, dia sewakan pula sampan dia kepada orang lain yang nak pergi memancing.
Orang yang minat bikin motor/kereta, beribu ribu boleh habis nak bagi motor/kereta nampak cantik. Sampai ada hashtag #hobikamimahal.
Orang yang minat hias/ubah suai rumah, besar juga modal yang diperlukan. Tapi minat punya pasal, duit bukan masalah besar. Boleh kumpul sikit sikit dari gaji. Perasaan tenang berada dirumah yang diimpikan tak dapat dijual beli.
Orang minat gajet. Tiap tiap tahun tukar handphone baru. Ada je duit. Walaupun masih student...ehhh.
Tak rasa payah pun, tak rasa susah pun. Sebab apa? sebab minat.
Sebab minat tu nanti yang buat diri berazam bersungguh sungguh nak dapatkan sesuatu.
Makanya, tiada isu pun membazir atau tidak, bermanfaat atau tidak. Kita buat perkara yang kita minat, kita nampak hasilnya. Janganlah pula bila nampak orang lain buat perkara yang diaorang minat dan kita tak minat, kita nak kutuk kutuk pula. Kepuasan untuk kita lain, kepuasan untuk mereka lain. Tak sama.
Yang tak minat apa apa tu. Duduk diam diam sudah.
11 comments:
saya minat berblogging..
banyak juga masa digunakan untuk bidang ini..
malah pengorbanan wang ringgit juga digunakan
cakap pasal minat. sanggup berhabisan kadang2 kita tengok orang tu. tapi kita taktau tahap kepuasan dia macamane dan cara dia nak dapatkan tu mungkin masuk dalam 'struggle is real'
kalau macam tu termasok dalam kategori 'Minat duduk diam'
hehehhee
Asalkan berhabis duit untuk minat tu guna duit sendiri, should be no problem hehe
yg dok diam2 tu bukan xde minat tu tapi xde fuluss.. huhuhu
Saya minat perfume. Rajin kumpul perfume dan masa zaman PKP dan kegawatan ekonomi ni, saya rasa tergugat dengan minat ni. Perlukah diteruskan atau cari minat lain. Jadi saya cuba tanam pokok pula sekarang. Lebih murah. Kahkahkah ..
@mrhanafi : teruskan menulis.
@silah hassy : respect pada yg ada disiplin tinggi utk mencapai minat mereka.
@uncle gedek : minat tanpa modal..huhu
@mnsiabrubah : tidak pelik pada mereka kerana sudah terbiasa.
@syaz rahim : betul. guna duit sendiri dan jgn menyusahkan org lain
@waklat : mungkin juga..hehe
@zhi : kalau tanam pokok jenis sayur boleh buat masak nanti..hehe
Bila kita buat apa yg kita minat, automatik akan rasa seronok.
hhehehe
kalau orang tu ada minat yang sama dengan kita maka dia akan faham
kalau orang tu tak minat apa kita buat..maka dia akan kata kita membazir atau buang masa.
alhamdulillah benda yang Hans minat membuahkan hasil
hehehe
its truuee.
Jangan musnahkan kegembiraan org lain.
Biarkan kita ngn minat kita..
Yg x minat tu.just shuuuuhh~
@khairol krol : feel seronok tu yg sgt berharga.
@hans hanis : tahniah bro.
@mas fvome : itulah yg cuba disampaikan.
Post a Comment