ADVERTHOLOGY

Monday, June 8, 2020

ke mana hala tuju pasca rentas negeri dibenarkan?

Sejak PM buat pengumuman mengenai rentas negeri yang akan mula dibenarkan mulai 10hb Jun, dengar-dengarnya ramai yang berpusu-pusu buat tempahan online untuk bercuti di tempat-tempat tumpuan pelancongan di dalam negara. Baguslah tu, kita sokong apa sahaja industri dalam negara terlebih dahulu. Dah lama duduk rumah sahaja kan. Sudah tentu bosan dan perlukan aktiviti riadah dan percutian. Tengok dalam website hotel-hotel pun banyak promosi sedang dibuat. Harga bilik lebih murah dari sebelum ini.

Saya pula sudah berbincang dengan isteri. Minggu pertama kelonggaran diberi ni biarlah jadi tempoh bertenang terlebih dahulu. Masih duduk rumah dan kalau keluar pun mungkin dalam kawasan terdekat sahaja. Confirm highway/jalan jammed sabtu ahad ni. Minggu seterusnya barulah kami merancang balik kampung saya dan minggu seterusnya balik kampung isteri.

Ada merancang juga untuk 'cuti-cuti Malaysia'. Lokasi masih dalam perbincangan dan survey. Belum ada kata putus. Harap2 boleh 'decide' cepat. 

Sementara 'moratorium' masih berjalan ni. :-)

7 comments:

uncle gedek said...

betol... take it slow....

aswadz said...

aku lak, sebulan dua ni tempoh bertenang dulu. sebab takut tempat percutian pun sesak. so relax-relax dulu.

Ujie Othman said...

Betul...confirm weekend ni jam di mana2.
Jika tak ada hal urgent better duduk rumah atau cuma keluar area dekat2 saja.

Mas FVOME said...

tenang2 dlu,ikut giliran bercuti..covid ad lagi..tak boleh ramai2

Sunah Sakura said...

sama lah...minggu pertama ni biar lah dulu orang lain balik..nanti minggu depannya, kita pulak nak mengukur highway...

Vicky Cahyagi said...

Saya baru pertama kali mampir ke blog ini. Pandemi membuat orang justru semakin banyak bekerja dan beristirahat di rumah. Semoga new normal menjadi transisi sebelum kehidupan benar-benar normal

ewanthology said...

@mnsiabrubah : boleh bagi link ke blog? kalau boleh la :-)