ADVERTHOLOGY

Wednesday, July 15, 2020

melayan kehidupan


Mungkin atas faktor usia. Saya cepat penat sejak akhir akhir ini. Mungkin juga workload semakin bertambah sejak PKP dilongggarkan. Banyak kemungkinan nampaknya ni.

Mungkin juga keperluan urusan kerja ke lokasi yang agak jauh 2, 3 minggu ini. Bandar Enstek ke Setia Alam, Bandar Botanic, Banting dan ada juga ke Putrajaya. Bukan jarak yang dekat tambahan pula kalau masa peak hour nak pergi dan balik tu ada accident atau hujan. Paham paham sahaja lah.

Saya gemarkan hari Isnin yang lancar dan 'dalam kawalan'. Sebab tu saya curi sedikit masa di hari Ahad untuk buka email office hanya untuk pastikan tiada email-email yang masuk petang Jumaat dan Sabtu yang masih belum di respond. Apabila semua email sudah 'cleared', barulah diri rasa tenang dan fokus untuk hari esok. Maknanya masa yang sepatutnya digunakan sebaiknya untuk rehat juga sudah diceduk sedikit untuk uruskan hal kerja.

Isnin sampai Jumaat, habis kerja, sampai rumah dah masuk Maghrib, mandi, solat Maghrib, Ajar Aina Iqra', makan malam dan solat Isyak. Normally dalam pukul 9:20 malam barulah dapat duduk bersandar kat sofa sambil tengok TV.  Waktu rehat baru nak mula. Kadang-kadang Aina datang pula sambil bawa mainan Barbie dia ajak main sekali. Saya tolak dengan baik bagi alasan ayah penat dan baru nak rileks rileks. Mama dia mangsa seterusnya.

Bab mainan Barbie ni pun saya tidak berkenan sangat. Mama dia yang selalu melayan kehendak Aina membeli mainan jenis ni. Pejam celik pejam celik dah 'ramai'.



Selalunya kita dengar orang cakap jangan buat keputusan ketika marah. Tapi dalam hal hal tertentu jangan buat keputusan ketika penat juga. Memang rasa nak berhenti kerja sahaja jawapannya. Tapi bila fikirkan hutang rumah, hutang kereta dan hutang kredit kad terus terkedu. 

Dari sudut positifnya, Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang pada petang harinya berasa letih daripada amal usaha yang dilakukan dengan kedua tangannya sendiri, maka dia pada petang itu telah diampunkan dosanya." (Riwayat at-Tabrani). 

Elok la tu penat bekerja daripada penat duduk menung tak ada kerja.

13 comments:

Syazni Rahim said...

Semoga dipermudahkan urusan.
Rumah saya pulak berlambak2 hotwheel. Geram sungguh!

Zhi said...

Sama la, zhi pun suka settlekan keje sikit2 hari ahad sbb tu dah lama tak ada monday blues sebab Isnin dah rasa macam hari-hari biasa. Mungkin sebab minda dah bersedia pada hari sebelumnya. Jadi takde la rasa malas sangat pada hari isnin. uhuk.

Mas FVOME said...

insyaAllah smoga dipermudahkan segala urusan! Allah berkati susah payah mncri rezeki itu.fighting!

Ujie Othman said...

Wah..ramai kawan Aina tu.

Betul, kalau takde kerja lagi stress sebab hidup perlukan duit.
Sekarang stress tapi ada juga duit.

Mungkin boleh cari aktiviti yang lebih dekat dengan alam untuk release stress.

ewanthology said...

@syaz rahim : klu lepas main rajin kemas ok lah.

@zhi : yup.. tenang di pagi isnin :-)

@Mas FVOME : terus berjuang demi sesuap nasi.

@ujie othman : betul, yg penting hujung bulan ada duit untuk anak dan isteri.

Raz said...

comel barbie tu.. xpelah penat bekerja utk anak dan isteri.. banyak pahala

ewanthology said...

@raz : yup..merekalah yg memberi motivasi

Khairul Krol said...

Kerja merupakan satu ibadah..Semoga terus kuat & dipermudahkan urusan. Ramai kawan2 Aina hehehe..

ewanthology said...

@okk : ok

@Khairul Krol : Amin Ya Rabbalalamin

uncle gedek said...

Ok je permainan Barbie tu... Biarkan Aini merasa zaman budak2 nya...

Untong boleh ajar sendiri Aini Iqra... Uncle bagi tanggong jawab tu kat ustaz. Sebab sendiri tak pandai... (malu)

ewanthology said...

@uncle gedek : aina uncle, aina... bukan aini.. aini tu anak org lain.. hehe

uncle gedek said...

Aini tu anak uncle... kah kah kah! Tersasol!

HeNRieTTa JoSe said...

ramai barbienya....btul....biar penat bekerja dengan rejeki halal dr penat fikir masa depan bila xde kerja....