ADVERTHOLOGY

Saturday, August 22, 2020

chapter 1 : mula mula


Saya dilahirkan Januari 1982. Lahir di awal tahun ni mudah ketika di zaman persekolahan. Maksudnya bila kau daftar masuk darjah satu, maknanya masa tu umur kau juga sudah tujuh tahun. 

Ada kawan saya runsing dan keliru sebab baginya masuk darjah satu maknanya umur sudah tujuh tahun tapi disebabkan dia lahir bulan sembilan, dia beranggapan dia masih enam tahun. Belum cukup syarat untuk masuk darjah satu katanya.

Nampak benda kecil dan boleh diselesaikan dengan cepat hal salah faham seperti ini kan. Tapi itulah, bila budak umur enam, tujuh tahun yang fikir macam tu rasa susah juga nak terangkan bagi faham.

Jika dia hairan dengan umurnya, saya pula hairan bagaimana dia boleh fikir sejauh itu.


15 comments:

Warisan Petani said...

Umur 7 tahun persekolahan dikira mengikut tahun kelahiran.

uncle gedek said...

pemikiran aras tinggi tu!

Syazni Rahim said...

Aha.. teringat pengalaman 'ngeri' masa darjah 1, saya lahir 2 januari, jadi bila awal tahun,saya memang dah 7 tahun. CIkgu bagi latihan menulis, kena tulis my name sekian sekian, dan i am six years old. Saya dengan selamba tukar i am seven years old, esoknya cikgu tu marah gila siap pukul tangan saya. haih..jujur pun salah

HeNRieTTa JoSe said...

hahaha....itu la kan....jauh plak berfikir bdk tu....

Ujie Othman said...

Ok, saya pun hairan dengan pemikiran dia. Terlebih berfikir sungguh..hahaa

Khairul Krol said...

Hehehe jauh dia berfikir

Zhi said...

Pandai matematik nampaknya budak ni.
uhuk..~

Galaksi Viral said...

Salam, blogwalking here. done follow blog ini. gaya fikiran kawan itu level KBAT. huhu.

Zurainny Ismail said...

Advanced thinker! :D

sophea ◇ said...

haha comel je

Sunah Sakura said...

hahhaha mungkin dia bakal saintis..hahahahha

ewanthology said...

@mnsiabrubah : hai..welkam back.. yg lahir hujung hujung tahun ni awet muda di dalam kelas.

Cik TK said...

Cik TK pun macam tu. Sampai sekarang. Sebab Cik TK lahir disember so suka perasan muda setahun. Maka kalau ikut tahun biasa macam contoh masa januari "weh umur awak dah 10 tahun.. takkk saya baru 9 tahun dan sebulan" hahaha

aswadz said...

rasanya ramai je bebudak yang akan ada dilema ni. aku rasa aku pun pernah.

Ma said...

Nanti da besar time mintak kerja gov yg ada syarat2 umur baru penting umur tahun dan bulan tu.. Time sekolah kira tahun je pls bulan simpan kira masa dewasa nak mintak kerja haha