ADVERTHOLOGY

Showing posts with label miss beautiful. Show all posts
Showing posts with label miss beautiful. Show all posts

Saturday, August 22, 2020

chapter 1 : mula mula


Saya dilahirkan Januari 1982. Lahir di awal tahun ni mudah ketika di zaman persekolahan. Maksudnya bila kau daftar masuk darjah satu, maknanya masa tu umur kau juga sudah tujuh tahun. 

Ada kawan saya runsing dan keliru sebab baginya masuk darjah satu maknanya umur sudah tujuh tahun tapi disebabkan dia lahir bulan sembilan, dia beranggapan dia masih enam tahun. Belum cukup syarat untuk masuk darjah satu katanya.

Nampak benda kecil dan boleh diselesaikan dengan cepat hal salah faham seperti ini kan. Tapi itulah, bila budak umur enam, tujuh tahun yang fikir macam tu rasa susah juga nak terangkan bagi faham.

Jika dia hairan dengan umurnya, saya pula hairan bagaimana dia boleh fikir sejauh itu.


Sunday, May 12, 2013

update progress rumah




Macam biasa, hari sabtu saya perlu berada di Bandar Enstek untuk urusan rumah baru saya. Maklumlah weekdays bekerja, so kebanyakan appointment hanya dibuat pada hari sabtu. Kali ini ada appointment dengan pemasang rod curtain dan 'blind' pulak. Barangan LG yang dibeli semasa HOMEDEC minggu lepas pun dihantar hari sabtu. 



TV ruang tamu, rak untuk letak astro decoder belum beli lagi. Maybe nak beli yang drill kat dinding jugak untuk menjimatkan ruang. Abaikan surat khabar yang saya tampal kat cermin tu. Since rod curtain baru di pasang dan langsir belum ditempah, so surat khabar menjadi pengganti.


Add caption

TV untuk bilik utama adalah hasil permintaan isteri. Tak nak berebut remote katanya. Dan juga 'blind' yang baru dipasang.




Ruang dapur yang agak sesak dengan kitchen cabinet, peti sejuk dan washing machine. Washing machine tu temporarily letak belah dalam rumah sebab kitaorang belum start duduk situ lagi. Lepas dah berpindah maybe akan letak diluar belakang rumah. So ruang di dapur kembali lega. Hopefully.

Untuk wallpaper yang dah lama tertangguh, appointmentnya should be ahad tetapi since saya dan isteri ada hal lain makanya atas dasar percaya, saya serahkan kunci rumah sahaja kepada tauke wallpaper tu dan dia akan pasang tanpa kehadiran kami.

Jika keadaan mengizinkan saya akan tunjukkan wallpaper yang dipilih di dalam blog ni nanti. Masih lagi tidak lari dari tema grey n white :-)


Monday, April 22, 2013

random picture from Ipad



la playa hotel, krabi


BOH tea center, sungei palas, cameron highland


johor premium outlet, kulaijaya


danga bay, johor bahru


grandlexis, port dickson


view from platinum victory 2, taman melati


bandar teknologi kajang - bandar baru bangi shortcut


klcc, from akleh


McD drive thru, bandar baru bangi


bandar enstek








Thursday, April 18, 2013

kompilasi cerita rumah




Sejak terima kunci rumah baru ni makin ligat pulak saya kongsikan
cerita cerita perihal rumah dan persiapan sebelum mendudukinya. Belek belek entry lama jumpa 10 entry yang ada kaitan pasal rumah. Itupun kalau saya tidak terlepas pandang la. Di sini, saya compile kan entry tersebut sebagai sumber rujukan diri sendiri dan untuk perkongsian pengalaman bersama dengan rakan rakan blogger semua. Ingat album lagu je ke ada edisi kompilasi? hahaha




FASA BARU (15.04.2013) 

MEMBELI BELAH DI HOUZ DEPOT (01.04.2013)

APA YANG PERLU DIBUAT SETELAH MENDAPAT KUNCI RUMAH (20.03.2013)

PENGELUARAN CARUMAN KWSP (AKAUN 2) UNTUK BAYARAN ANSURAN RUMAH (08.03.2013)

HOUZ DEPOT : TEMPAT TERBAIK MEMBELI PERKAKASAN RUMAH (03.03.2013)

THINK BEFORE YOU BUY A PROPERTIES (02.03.2013)

BAGAIMANA MENJIMATKAN RUANG RUMAH ANDA YANG KECIL? (15.02.2013)

TIPS MEMBELI RUMAH : LOGISTIK (31.01.2013)

BAGAIMANA SAYA MEMBELI RUMAH? (30.01.2013)

HARGA RUMAH 2013 DIJANGKA BAKAL TERUS NAIK (08.01.2013)



Monday, April 15, 2013

fasa baru




Sejak akhir akhir ini, inilah lokasi yang saya pergi setiap sabtu dan kadang kadang tu hari ahad pun kena datang juga. Hujung minggu saya dihabiskan dengan menguruskan segala persiapan untuk memasuki rumah baru. Ingatkan dapat kunci boleh terus masuk tetapi rupa rupanya macam macam hal perlu diselesaikan terlebih dahulu.




Difikirkan semula, banyak juga perkara perlu diambil kira sebelum masuk rumah baru ni seperti wiring, grill, kitchen cabinet, wallpaper, kipas, lampu, aircond, water heater, tv, mesin basuh, sofa, katil, rod langsir, kain langsir, dapur, hatta beli solex dan pasang astro pun kena masuk dalam kiraan bajet. 

Nak tak nak kena buat sedikit demi sedikit. Nak buat semua sekaligus memang tak mampu la. Saya juga bukanlah jenis yang suka masuk rumah jika ada perkara yang masih tak complete. So, rasa keterujaan nak duduk rumah baru tu terpaksalah ditahan tahan hingga settle semua perkara.


Monday, April 8, 2013

keep calm and drink coffee






Hujung minggu. Minum petang bersama 'miss beautiful'. Cerita pasal rumah, baby dan kerja. Berkongsi pandangan, merancang masa depan. 

Sunday, April 7, 2013

kuala lumpur














Kota yang tak pernah sunyi. Kota yang tak pernah mati.
Neverending story.

Kuala Lumpur 06.04.2013 



Friday, April 5, 2013

godaan di toys R us



 gardenbug foot finder & wrist rattle set

gardenbug foot finder & wrist rattle set


Hajat di hati hanya nak jalan jalan cuci mata je kat Toys'R'us KLCC tetapi last last terbeli jugak stokin dan wrist band ni. Comel pulak rasanya dan bagus untuk proses pembelajaran si manja saya nanti. 



Monday, April 1, 2013

membeli belah di Houz Depot





houz depot privillage card

Ahad yang lepas saya ke Houz Depot lagi. Untuk urusan barang barang rumah nampaknya memang saya selesa di sini. Banyak offer dan pilihan. Memandangkan saya akan selalu ke houz depot selepas ini maka saya register terus untuk 'privilege card'. Pelanggan dikenakan bayaran sebanyak RM15 untuk mendapatkan kad ini dan valid sehingga setahun. Pemegang 'privilege card' houz depot layak mendapat point atau cash voucher dalam setiap pembelian yang dilakukan bergantung kepada promotion ketika itu.

Semalam saya beli set induction dapur (hob) beserta hood nya sekali berjenama Elba dengan harga promosi Rm2699.00. Untuk diletakkan di rumah baru saya di Bandar Enstek nanti. Dengan 'privilege card' houz depot, saya layak menerima cash voucher sebanyak RM3.00 untuk setiap Rm100.00 yang dibeli dalam satu resit. So, jumlah keseluruhan cash voucher yang saya dapat semalam adalah RM84.00. Berbaloi rasanya sebab dah lah barang harga murah, dapat pula cash voucher. Saya plan nak gunakan cash voucher tersebut minggu hadapan kerana minggu hadapan plan nak beli paip sinki, lampu meja makan dan lampu ruang tamu pula. Tak dapat la cover semua harga dengan voucher tersebut tetapi dapatlah mengurangkan sikit. Memang saya beli sikit sikit barang tu sebab nak beli sekaligus boleh bankrupt saya nanti..hehehe.


houz depot cash voucher

Jika rakan rakan nak cari barang barang hardware rumah, saya rekomen untuk cuba survey di Houz Depot ini dan bandingkan harganya. Pada pendapat saya sangat berbaloi. Ada dua cawangan Houz depot iaitu di :

No 239, Jalan Tunku Abdul Rahman, KL (berhadapan Maju Junction)

dan

Plaza Pelangi Astana, PJU6, Persiaran Surian, Petaling Jaya (berdekatan IKEA)





Friday, March 29, 2013

nama yang baik mempengaruhi akhlak, tingkahlaku dan keperibadian seseorang




nama nama indah



Sudah mula belek belek buku ni. Nama yang di suggest sebelum ini takde pulak maknanya dalam buku ni. Kena belek belek lagi untuk dapatkan nama yang sesuai dan baik baik maksudnya.



Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya pada hari kiamat kelak, manusia akan dipanggil menhadap Allah S.W.T dengan nama masing masing dan nama bapa masing masing (sepertimana nama di dunia). Oleh itu, pilihlah nama yang baik baik untuk kamu sekalian." 

(Hadis Riwayat Abu Daud)


Monday, March 25, 2013

KPJ maternity package







Kelmarin semasa menghantar 'miss beautiful' ke KPJ Ampang Puteri untuk membuat pemeriksaan bulanan, saya sempat melihat lihat pakej yang ditawarkan oleh KPJ untuk proses bersalin nanti. 

Isteri saya nampaknya lebih selesa memilih jenis yang 'single room'. Lebih privacy dan selesa untuk saudara mara yang ingin datang melawat nanti katanya.

Saya anggukkan sahaja. Tak banyak komplen. 

She deserve it.




Monday, March 18, 2013

muflis akhirat




"Orang muflis adalah orang yang pada hari kiamat, dia datang dengan membawa amalan solat, puasa dan zakatnya. Tetapi dia mencaci orang, membuat tuduhan palsu padanya, makan harta orang dengan cara yang salah, menumpahkan darah dan memukul orang. Maka Allah memberikan balasan amal kebaikan (pahala) orang itu kepada yang dianiaya. Apabila amalan kebaikannya itu habis diberikan sedangkan tuntutan kesalahannya belum selesai, maka Allah mengambil dosa dosa orang yang dianiaya dan ditanggung oleh orang yang menganiaya itu. Dia kemudian dicampakkan ke neraka." 

~ Rasulullah SAW (Riwayat Muslim) ~





ps : Asyik sibuk dengan urusan dunia dengan kerjanya, persiapan menyambut baby nya dan perihal rumah. Sekali sekala jom kita bertazkirah mengingatkan diri sendiri dan rakan rakan pasal urusan akhirat pula :-)

Saturday, March 9, 2013

everything has expiry date







Kali terakhir buku kecil ini digunakan ialah pada september tahun lepas. Lepas tu saya stuck kat Malaysia. Ada dua sebab. Pertama, wife pregnant dan kedua, bajet 'cuti cuti malaysia' sudah di catu. Bajet yang ada difokuskan kepada mempersiap rumah baru dan menyambut kelahiran baby. Nampaknya sampai tamat tempoh lah buku kecil ini terperap dalam laci.

Sunday, January 20, 2013

Rawang Burger Bakar, Wangsa Maju







burgembira :-)

Sebenarnya sudah lama juga isteri saya teringin nak makan burger bakar ni. Tetapi asyik tertangguh sahaja hajatnya. Bukannya saya memandang enteng permintaan isteri yang sedang berbadan dua. Serius, tidak sama sekali. Cuma masa dan keadaan ketika itu tidak mengizinkan sehinggalah ke malam semalam. Makanya, malam semalam tertunailah hajat 'miss beautiful'. Operasi menunaikan hajat tersebut berlaku di Rawang Burger Bakar, Wangsa Maju. Haha, jangan confuse, walaupun ada nama Rawang di situ tetapi lokasinya ialah di Wangsa Maju.



t shirt free

Sedang asyik melahap burger bakar tiba tiba pekerja kedai datang memberikan t-shirt percuma tetapi untuk perempuan sahaja yang tinggal. Rezeki 'miss beautiful' la tu. Anyway, satu langkah promosi yang bagus. Jika anda juga berminat dengan t shirt ini silalah ke Rawang Burger Bakar stall berhampiran anda. Dapatkan selagi stok masih ada.