ADVERTHOLOGY

Monday, October 19, 2020

tiada masa untuk 'monday blues'

 

Minggu ini saya ambil cuti 2 hari. Isnin dan Selasa. Tiada hal peribadi yang urgent pun untuk diuruskan. Sekadar perlu menghabiskan/mengurangkan cuti tahunan yang tak pernah habis. 

Cuti cuti juga harus buka laptop. Itulah jadinya kalau kerja tiada yang relief. Ada yang boleh ditinggalkan. Ada yang tidak boleh dibiarkan tanpa pengawasan/follow up. Ada email yang perlu dijawab kerana orang atasan ni tak peduli kita kerja atau cuti. Yang dia tahu dateline kena ikut walaupun bagi task pagi, petang ni juga nak settle.

Memandangkan sekolah area Selangor juga tutup, maka ada satu task tambahan lah. Memastikan Aina join Online Class dia tanpa gagal. So far ok memandangkan Aina sudah berpengalaman  dengan Online Class semasa PKP bulan Mac sampai May sebelum ini. Cuma kelas awal pagi pukul 8 nyaris nyaris dia nak terlepas sebab dia tahu Ayah dia cuti hari ni so liat sikit la dia nak bangun pagi. Hinggalah ayah dia masuk bilik bawa rotan dan buat countdown satu sampai lima. Elok je dia bangun pergi mandi.

Ok, start checking emails. Dan memandangkan mama kena pergi kerja. Tengah fikir nak makan apa untuk lunch nanti. Bukan saya yang masak, orang kat kedai yang masak. Saya order sahaja :-)


8 comments:

Zhi said...

Saya ada masa untuk Monday blues, tapi Monday blues yg tak ada masa untuk saya. Uhuk.

#JMBELOG said...

happy your day

ewanthology said...

@zhi : hahaha, mungkin monday blues flirt with others.

@JMBELOG : have a nice day too.

Sunah Sakura said...

stay safe ya ewan...

ewanthology said...

@sunah sakura : stay safe untuk sunah sakura juga.

Ma said...

Cuti pun da mcm wfh. Pekerja yg tahu tabggungjwb mcm tu la x berkira dlm bekerja baguss 😜

uncle gedek said...

uncle punya monday blues adalah everyday blues! hehe

ewanthology said...

@Ma : makan gaji mcm tu la :-)

@Uncle Gedek : haaa, uncle 'blues' lainnn