Minggu ini saya ambil cuti 2 hari. Isnin dan Selasa. Tiada hal peribadi yang urgent pun untuk diuruskan. Sekadar perlu menghabiskan/mengurangkan cuti tahunan yang tak pernah habis.
Cuti cuti juga harus buka laptop. Itulah jadinya kalau kerja tiada yang relief. Ada yang boleh ditinggalkan. Ada yang tidak boleh dibiarkan tanpa pengawasan/follow up. Ada email yang perlu dijawab kerana orang atasan ni tak peduli kita kerja atau cuti. Yang dia tahu dateline kena ikut walaupun bagi task pagi, petang ni juga nak settle.
Memandangkan sekolah area Selangor juga tutup, maka ada satu task tambahan lah. Memastikan Aina join Online Class dia tanpa gagal. So far ok memandangkan Aina sudah berpengalaman dengan Online Class semasa PKP bulan Mac sampai May sebelum ini. Cuma kelas awal pagi pukul 8 nyaris nyaris dia nak terlepas sebab dia tahu Ayah dia cuti hari ni so liat sikit la dia nak bangun pagi. Hinggalah ayah dia masuk bilik bawa rotan dan buat countdown satu sampai lima. Elok je dia bangun pergi mandi.
Ok, start checking emails. Dan memandangkan mama kena pergi kerja. Tengah fikir nak makan apa untuk lunch nanti. Bukan saya yang masak, orang kat kedai yang masak. Saya order sahaja :-)
8 comments:
Saya ada masa untuk Monday blues, tapi Monday blues yg tak ada masa untuk saya. Uhuk.
happy your day
@zhi : hahaha, mungkin monday blues flirt with others.
@JMBELOG : have a nice day too.
stay safe ya ewan...
@sunah sakura : stay safe untuk sunah sakura juga.
Cuti pun da mcm wfh. Pekerja yg tahu tabggungjwb mcm tu la x berkira dlm bekerja baguss 😜
uncle punya monday blues adalah everyday blues! hehe
@Ma : makan gaji mcm tu la :-)
@Uncle Gedek : haaa, uncle 'blues' lainnn
Post a Comment