ADVERTHOLOGY

Friday, October 23, 2020

chapter 77 : apa yang dikejar?

Beberapa malam yang lepas, saya menonton sebuah filem, 'True History of Kelly Gang'. Cerita dari sebelah pihak antagonis. Perihal pemberontakan, rebel yang lahir dari tekanan hidup golongan yang ditindas. 

Saya tidak akan mengulas panjang perihal cerita tersebut.Apa yang menarik ialah skripnya yang memberi kesan. Sepertimana kebanyakkan cerita, sepertimana saya diikat kata kata Joker dalam The Dark Knight. Luahan dari sisi kiri selalunya lebih mempersonakan. Mungkin kerana mereka ada sesuatu untuk diperjuangkan. Matlamat hidup yang bermakna, sangat penting dan berbaloi. Berbanding watak hero yang datang sekadar menenangkan keadaan, menjatuhkan hukuman dan menamatkan perjuangan.

" Apabila kamu mati, yang tinggal hanyalah kisah kamu "

Jika ada sesuatu yang diperjuangkan. Teruskanlah perjuangan itu supaya nanti ada kisah yang boleh diceritakan. Jika ada kebaikan yang mahu dibuat. Buatlah supaya kita dikenang dengan kebaikan.

Saya tidak terfikir sejauh itu. Mungkin sekadar mahu anak dan isteri saya tahu bahawa saya lakukan segalanya untuk mereka. Jika anak saya mula tahu berselawat dan membaca alQuran. Suatu hari nanti apabila dia sudah besar dia sedar bahawa sayalah yang mengajar dia mula mengenal huruf dan mengeja. Semoga anak saya ingat ketika dia kecil seusai solat, dia duduk dipangkuan saya dan tersangkut sangkut tuturnya ketika bersama sama mengucapkan Selawat Badawiyyah yang tergantung di dinding. 

Di rumah ini, di kampung, di pejabat ataupun di mana mana sahaja semoga ada kisah yang baik baik dan manis manis untuk dikisahkan kelak.



3 comments:

uncle gedek said...

"Apabila kamu mati, yang tinggal hanyalah kisah kamu" ~ Betol... cuma takot kalau kita mati semua orang tak kisah.... huhuhu

ewanthology said...

@uncle gedek : haaaa, klu yg x kisah tu org yg mmg tak kenal xpela juga ... klu yg kenal pun buat x kisah, kes berat tu.

#JMBELOG said...

kenangan yang indah sentiasa diingatan