PKP kali ini dah tak macam yang pertama dulu.
Kereta masih bersepah atas jalan. Bank, Pejabat Pos, JPJ, JPN masih panjang manusia beratur. Mereka tidak boleh tunggu untuk dua minggu ini.
Bagi saya yang tidak mempunyai pilihan untuk wfh, perlu gandakan SOP pencegahan dengan lebih berdisiplin kerana angka jangkitan makin meningkat.
Sepanjang masa di office pakai facemask. Sanitized tangan setiap kali selesai satu tugasan.
Mungkin sudah tidak ada #kitajagakita sebab nampak gaya masing masing dah 'kelaut' dengan urusan kepentingan sendiri.
Sekarang ni #sayajagasaya sahaja lah. Bukan untuk mereka, tapi untuk keluarga saya.
3 comments:
uncle tak tahan sentiasa pakai mask.... lemas!
Saya jarang keluar rumah, jadi tak perasan situasi di luar.
Kalau gitulah situasi kat sana, nampaknya memang betul kena #sayajagasaya. Moga Allah melindungi Ewan sekeluarga.
@uncle gedek : mula2 saya pun x selesa tapi dah setiap masa jumpa customer yg kita tak tahu condition kesihatan mereka, terpaksa la sentiasa pakai juga :-)
@ujie othman : terbaik..stay at home :-)
Post a Comment