ADVERTHOLOGY

Monday, February 8, 2021

take it or leave it

Bila bab pekerja nak bergaduh dengan majikan ni selalunya majikan yang menang. Pertama kerana majikan lah yang bayar gaji tiap tiap bulan. Keduanya walaupun pekerja yang ada kesatuan pekerja pun susah nak menang, inikan pula yang tiada kesatuan pekerja. Pusing pusing nanti kita akan sedar jika tidak ada majikan maka tidak adalah kesatuan pekerja. Diakhirnya kita sedar kewujudan majikan itu penting untuk peluang pekerjaan dan memastikan hujung bulan kita ada gaji untuk beri anak isteri makan. Kalau semua majikan lingkup nanti apa pula relevannya kesatuan pekerja. Yang ketiga kerana kita sendiri yang memilih pekerjaan tersebut. Maka, ikut sahajalah. Kalau tidak puas hati boleh angkat kaki.  Jika ada pilihan lain diluar sana, jika rasa income boleh dapat lebih ditempat lain, boleh cuba bertukar majikan yang baru. Tak payah nak marah marah, bising bising. Dua tiga orang pekerja angkat kaki, esok lusa berderet datang nak interview. Pilihan ditangan sendiri, kalau ada pilihan lah. 

Jarang majikan merayu staff untuk stay. Selalunya diwaktu mencabar ni kita yang berdebar debar harap harap takde retrenchment.



12 comments:

Syazni Rahim said...

dia boleh replace kita dengan sekelip mata..hmm

aswadz said...

begitu la cerita dia. melainkan 1/2 atau 3/4 staff ugut nak berhenti dan boleh menjejaskan perjalanan bisnes diorang (sebab takes time jugak untuk replace that much of working force, boleh jejaskan bisnes on long term). kalau takat just bising, buat mogok, rasa tak jadi apa tu. so pilihan untuk pekerja, macam hang kata, sama ada telan walaupun pahit, atau angkat kaki cari kerja lain yang lebih mendatangkan income yang lebih baik.

uncle gedek said...

"Dua tiga orang pekerja angkat kaki, esok lusa berderet datang nak interview."

MEMANG BETOL!

anamizu said...

betul tu. jarang majikan merayu staff untuk stay.

"awak nak berhenti saya tak boleh halang"

atau lebih sentap lagi :

"sesiapa yang nak berhenti, silakan. berlambak lagi yang tengah cari kerja kat luar sana tu"

Nizam.Ariff said...

Loyalty takde makna dan nilai lagi..

Wak Lat said...

yg masih keje tu patut bersyukur je walopon ramai yg kanna potong gaji.. huhuhu

Ma said...

Kene selalu fikir positif cm dekat mana mana pun ada masalah kerja ni janji bulan2 dpt gaji cukup masa balik kerja suruh buat siap orang cari pasal Selain bos kita lawan 🤣

ctpayong said...

Di zaman ni ... begitulah adenya. Semoga kita selamat BERJAYA hingga ke akhirny ‼️

michelle said...

test

michelle said...

test

Laura Cantik said...

selalunya, kita kena percaya benda ni :-

syarikat tetap akan meneruskan operasi walaupun kita takda di situ.

walaupun kita ni the best worker in the world.

kalau kita quit, syarikat akan terus beroperasi.

kadang ada orang cakap yang, kalau ko takda nanti company susah. bla bla bla. sekadar memujuk kita aja.

hakikatnya, tak pun.

selamat maju jaya wan.

Kira Sakura said...

Suami saya dah banyak kali memilih untuk "leave it" atas sebab majikan yang selalu ambil kesempatan dan tak bertanggungjawab. akhirnya dia memilih untuk jadi majikan. read: bekerja sendiri