ADVERTHOLOGY

Monday, November 8, 2021

trick or treat

 

Ada yang sembang kalau nak elakkan kekurangan tido/rehat bila dah ada baby ni ialah dengan cara bila dia tido, kita pun kena ikut tido sekali sebab baby ni selalunya berjaga dan tidur pun tak lama. Lebih kurang 2 jam tidur, 2 jam berjaga. Masa baby tidur la kita kena join tidur sekali. Kalau baby tidur kita berjaga, takkanlah masa kita tidur turn baby pulak jaga kita kan kan...ehh.

Makna kata kalau baby terlelap pukul 9 malam, dan masa tu pula match bola team Chelsea baru nak start. Makanya di sini ada dua pilihan :

1. Join dia tido. walaupun masih tak mengantuk, berusahalah.

2. Tengok bola.

Entah sapelah yang bagi trick ni tapi nampak boleh pakai.

Kalau pilih No.2, bola habis dah mengantuk, dan2 itu jugak la baby terjaga. Barulah tau ertinya bersengkang mata. Esok nak kerja.

Demi kesejahteraan hari esok. Pilihlah No.1.



2 comments:

Syaz Rahim said...

suami saya pun banyak amalkn no1 je sekarang haha

uncle gedek said...

Uncle undi no. 1...!

heheheh