ADVERTHOLOGY

Wednesday, November 17, 2021

beliau kalau sembang....

Ada seorang sahabat FB ni selalu jugalah share pasal info macam mana nak migrate ke Australia sambil letak caption 'jom migrate'.

Yang kat Malaysia ni semua salah, semua tak best. Yang sweet sweet semua ada kat Australia. Kalau ada isu yang tak berapa best kat Malaysia ni beliau akan share sambil letak caption 'bestnya kalau duduk Australia'.

Padahal sebelum ni pergi Australia tak sampai seminggu pun. Beliau mungkin tak sedar situasi melancong takkan sama dengan situasi bermastautin di sana. Banyak benda kena fikir kot.

Hampir lima tahun duk sembang/share benda benda migrate ni di FB. Ada juga rakan rakan lain yang rasanya prihatin/muak dengan perangai beliau ni. Nak unfriend rasa kurang manis pula. Nak scroll down sahaja pun rasa rimas juga. Maka mereka secara berjemaah memberi sokongan moral yang tidak berbelah bahagi untuk beliau meneruskan hasrat murni untuk berhijrah ke luar negara. Siap tolong share info berguna mengenai pihak yang boleh dihubungi untuk proses migrate kepada beliau.

Walaubagaimanapun maklumat yang baru diterima, ketika posting ini ditulis, beliau masih di Malaysia.


Ps : Cerita ini adalah rekaan semata mata. Tiada kena mengena dengan mana mana individu yang ingin berhijrah atau tidak. Sekadar mengisi masa lapang ketika menidurkan anak di dalam kereta sambil menunggu isteri melepaskan geram dan kerinduan bershopping sakan di salah sebuah shopping complex di Nilai setelah tamat tempoh berpantang.







3 comments:

Warisan Petani said...

Hanya malaysia tahan tumpah darahku

Ujie Othman said...

Di AEON ke tu? Hehe

Kalau ada kawan gitu..unfollow kan aje. Aman.

iwan said...

@warisan petani : terbaik.

@ujie othman : tepat sekali tekaan :-)