ADVERTHOLOGY

Sunday, October 30, 2022

Kisah mimpi saya


Semalam saya bermimpi menghadiri conference/teambuilding. Dalam aktiviti berkumpulan saya dan ahli kumpulan ditugaskan membuat 'war cry' dan slide show berkenaan apa saya tak pasti. 

Tugasan ini membuatkan saya dan ahli kumpulan stress sehingga ada antara mereka yang meninggalkan meja perbincangan dan pergi bermain karom.

Saya juga semakin buntu dan kecewa dengan sikap mereka yang bermain karom.

Akhirnya berkat kesungguhan dan usaha, saya berjaya bangun dari tidur.

Maka, selesailah masalah saya.


3 comments:

Ujie Othman said...

Selalu juga alami mimpi yang buat kita lelah nak melepasi halangan. Lega sangat bila dapat keluar dari mimpi tu..haha!

Ma said...

Dalam mimpi pun stress ka... Baru ni ada officemate kata mimpi kita.. Bila tny mimpi apa dia gelak2 je... Mimpi yg stress2 jgk la tuu haha

uncle gedek said...

uncle pulak stress baca kisah mimpi ni...