ADVERTHOLOGY

Tuesday, September 6, 2022

tanda

Orang kata kalau isteri tinggalkan kasut dalam kereta suami maknanya itu sebagai tanda yang empunya kereta itu sudah kahwin. Kot kot la suami ada tumpangkan awek :-)

Dalam kereta ni ada satu kasut yang isteri tinggalkan. Dah lama dah dan takde tanda tanda dia nak amik semula. Kasut tu pun rasanya dia dah tak muat pakai. Nak letak kat rak kasut takut nanti banyak soalan pulak dia tanya kenapa dialihkan kasut dia dalam kereta tu. Maka saya biarkan bagi mengelakkan konflik yang lebih sulit dan mengelirukan walaupun niat sekadar nak bersihkan ruang dalam kereta 

Sekarang ni bila jenguk bawah kerusi rupanya ada sepasang lagi kasut. Dikenalpasti sebagai kasut Aina anak saya. Ini kira pembawaan habit mama dia yang suka tinggalkan kasut dalam kereta ke atau dia juga nak bagitau yang empunya kereta ni dah ada anak?

Mujur yang paling kecik tak reti pakai kasut lagi.


9 comments:

Ujie Othman said...

hahah! Serba salah nak alihkan ya?

uncle gedek said...

Uncle selalu periksa takut2 ada tertinggal kasut 'orang lain' dalam kereta sebelum keluar... Uhuk!

Warisan Petani said...

para suami pun kenalah tinggalkan kasut dalam kereta is3

SalbiahM said...

haha. sabar jelah. orang perempuan suka overthink. sabar jelah ye tengok kasut tu

Syazni Rahim said...

Alihlah kalau berani. Ahahha

Ma said...

Kami memang tertinggal kasut takde niat mcm tu jgn dgr kata netizen tu hahaha

@mnsiabrubah said...

hahahahaa.. kalau nak tidur luar, cuba lah alihkan kasut-kasut tu..! :p

...

eMMe said...

Hi Ewan.. i;m backkk, dah 2 hari... rindu jejak blog kenkawan, so drop by here todayyy... isu kasut dlm kereta ni baguih sbnrnye... biasa laa... kasut spare, mane tahu kasut yg dipakai terkoyak ke, ade spare, penting tu alas kaki, kalo tak muat tu.. hurm, bile la kasut baru gantikan ihihihi

Khairul Krol said...

hahaha..fikir positif saja mungkin memang tertinggal..