ADVERTHOLOGY
Showing posts with label interview. Show all posts
Showing posts with label interview. Show all posts
Saturday, January 5, 2013
seriuskah anda mencari kerja?
Beberapa minggu yang lepas, tempat saya bekerja mengadakan sesi temuduga untuk beberapa kekosongan jawatan yang perlu di isi. Minimum kelayakan adalah ijazah dan agak ramai juga yang telah disenarai pendek untuk dipanggil temuduga.
Agak mengejutkan apabila sesetengah daripadanya datang dengan berkemeja kotak kotak dan hanya berseluar khakis. Memang benar 'dont judge the book by its cover' tetapi di dalam konteks etika menghadiri temuduga apatah lagi ianya adalah untuk jawatan bertaraf profesional dan eksekutif adalah menjadi isu apabila penampilan calon yang ditemuduga bersifat ala kadar. '1st impression' diambil kira dalam sesi temuduga sebegini kerana dari penampilan itu sudah dapat dinilai tahap profesional dan keseriusan calon tersebut untuk mengisi jawatan yang ditawarkan.
Belajar sampai ke peringkat ijazah takkan masih tidak diajar perihal etika menghadiri temuduga ataupun mereka sekadar mengambil mudah perkara perkara seperti ini.
Setiap tahun negara menghasilkan ribuan lepasan ijazah tetapi kuantiti yang ramai itu tidak menjamin kualiti yang baik juga. Maka tidak hairanlah jika ramai yang terkandas awal hanya kerana tidak menitik beratkan etika penampilan diri ketika menghadiri temuduga.
Subscribe to:
Posts (Atom)