ADVERTHOLOGY

Showing posts with label rawang burger bakar. Show all posts
Showing posts with label rawang burger bakar. Show all posts

Sunday, January 20, 2013

Rawang Burger Bakar, Wangsa Maju







burgembira :-)

Sebenarnya sudah lama juga isteri saya teringin nak makan burger bakar ni. Tetapi asyik tertangguh sahaja hajatnya. Bukannya saya memandang enteng permintaan isteri yang sedang berbadan dua. Serius, tidak sama sekali. Cuma masa dan keadaan ketika itu tidak mengizinkan sehinggalah ke malam semalam. Makanya, malam semalam tertunailah hajat 'miss beautiful'. Operasi menunaikan hajat tersebut berlaku di Rawang Burger Bakar, Wangsa Maju. Haha, jangan confuse, walaupun ada nama Rawang di situ tetapi lokasinya ialah di Wangsa Maju.



t shirt free

Sedang asyik melahap burger bakar tiba tiba pekerja kedai datang memberikan t-shirt percuma tetapi untuk perempuan sahaja yang tinggal. Rezeki 'miss beautiful' la tu. Anyway, satu langkah promosi yang bagus. Jika anda juga berminat dengan t shirt ini silalah ke Rawang Burger Bakar stall berhampiran anda. Dapatkan selagi stok masih ada.