ADVERTHOLOGY

Saturday, January 5, 2013

seriuskah anda mencari kerja?



Beberapa minggu yang lepas, tempat saya bekerja mengadakan sesi temuduga untuk beberapa kekosongan jawatan yang perlu di isi. Minimum kelayakan adalah ijazah dan agak ramai juga yang telah disenarai pendek untuk dipanggil temuduga.

Agak mengejutkan apabila sesetengah daripadanya datang dengan berkemeja kotak kotak dan hanya berseluar khakis. Memang benar 'dont judge the book by its cover' tetapi di dalam konteks etika menghadiri temuduga apatah lagi ianya adalah untuk jawatan bertaraf profesional dan eksekutif adalah menjadi isu apabila penampilan calon yang ditemuduga bersifat ala kadar. '1st impression' diambil kira dalam sesi temuduga sebegini kerana dari penampilan itu sudah dapat dinilai tahap profesional dan keseriusan calon tersebut untuk mengisi jawatan yang ditawarkan.

Belajar sampai ke peringkat ijazah takkan masih tidak diajar perihal etika menghadiri temuduga ataupun mereka sekadar mengambil mudah perkara perkara seperti ini. 

Setiap tahun negara menghasilkan ribuan lepasan ijazah tetapi kuantiti yang ramai itu tidak menjamin kualiti yang baik juga. Maka tidak hairanlah jika ramai yang terkandas awal hanya kerana tidak menitik beratkan etika penampilan diri ketika menghadiri temuduga.

28 comments:

Anisa Hang Tuah said...

Salah satu daripada mereka yg terkandas itu ialah saya

abang bro EL said...

very true...tak serius nak apply kerja lepas dapat kerja tu cari offer lain pulak ....

AdinataGus said...

Itu mesti dari lepasan swasta.

sea_lavender said...

wah takutnya~ hmmm sbnr dkt u ni dah d ajar sgalanya etika dan pembinaan jati diri tapi bukan semua mahasiswa sedar huhu~~ sedih bg pihak mahasiswa kini.. kerana sye sendiri masih menuntut~~

Malissa Ali said...

Abg keje apa and kat ne? Memang mende ni penting. Kat maktab saya cikgu adakan slot setiap minggu untuk skill interview sahaja. Bersedia untuk alam profesional. Ececeh :P Setuju dgn abg. :)

yongpropaghandi said...

Kadang-kadang tu bukan tak tahu, tapi buat-buat tak tahu. Bajet diri tu laku sangat kot~ atau itu je kemeja yg dia ada..

nurdani said...

pemakaian sangat penting

Anonymous said...

betul. paling sedih lagi, walaupun ko temuduga company kecik di hari sabtu tak perlu pakai jeans dan t-shirt kot. even berkolar...

Nick Nashram said...

betul, pemakaian pun dah diambil kira oleh panel..ade kawan masa interview haritu, x pakai nametag pun panel dah tegur.

Hana said...

mula2 yang dilihat mesti penampilan kan

L said...

huu.. diorang taktau kot etika berpakaian.. haish...

jom singgah baca.. =)
http://lolz-l.blogspot.com/2013/01/allah-maha-penyayang.html

Unknown said...

banyak graduan yang ambil remeh pasal perkara nih....

Hans Hanis said...

hehehehe
sebab tak buat persiapan rapi
teringat pengalaman lalu
kui3

Unknown said...

hmm kena take note ni.. taun ni zuan dah kena stat keje dah :)

norh said...

itu satu bab..
bila dah dapat kerja..seriuskah mereka bekerja? hmmm

Anonymous said...

First impression penting..itu bukti displin kita..kalau xkisah datang temuduga pakai apa..maknanya mesti dia xkisah kalau xdapat kerja tu kan.

Jna marcello said...

Tu laa tu sbnrnyee cara kita berpakaian tu penting untk sesi temuduga.

hanaahmad said...

Itulah masalah bila taktau etika yang sebetulnya.

whitecappuccino said...

mereka ingat mereka dah grad senang dapat kerja sebab tu mereka ambil mudah je.

HeNRieTTa JoSe said...

Pss...haah semua mnat membaca...cuma genre lain lain....

Dinas Aldi said...

Kalau hendak, seribu daya. Mereka mesti mempersiapkan diri kalau benar2 perlukan pekerjaan tu.

Unknown said...

Sayang sekali terlepaslah peluang, pasti sukar nak cari calon yang layak macam tu...pakaian tu menunjukkan kewibawaan juga..

rhm slzr said...

Ada orang pernah bagitahu aku, nanti kalau nak pergi interview kerja eloklah pakai outfit berkaler biru.

Kalau dorang pegi interview kerja pakai baju kotak-kotak dan pakai seluar khakis, mungkin lepas tu dorang nak tengok wayang. utk save masa, tak perlu tukar outfits.

ehem, entah apa aku merepek ni.

~Sal Ismail~ said...

yg xtau..kenala ambil tau kan.katapun lepasan ijazah..~

Mrs Velentine said...

betul tue yg perempuan pula kdg2 dtg dgn abju x cukup kain./

ieza ashaari said...

dtg kls pun kdg dah tak beretika.. ramai je kwn2 camni.. bila kn tgur, dorg ckp, alah baju je pun.. hurm..

aizamia3 said...

hurm.. masih ada yang amik jalan mudah tentang temuduga.. walhal itulah tiket untuk dapat jawatan yang dimohon..

intanfirdaus247 said...

sayang melepaskan peluang di depan mata...Alhamdulillah saya dah stay kat opis ni dah lama dan setiap tahun kenaikan tidak pernah mengecewakan..hehe...yg penting perfomance mesti bagus