ADVERTHOLOGY

Wednesday, March 27, 2013

adakah anda betul betul bekerja seperti yang sepatutnya?







sumber gambar : facebook


  • Banyak dah saya jumpa manusia manusia yang besar gajinya tetapi hidup masih tidak tenteram. Ada sahaja yang tak cukup. Ada sahaja masalahnya. Hutang masih keliling pinggang. Hurm..... besar periuk, besar keraknya.


  • Banyak kali juga saya jumpa manusia manusia yang kerja biasa biasa sahaja. Gaji cukup cukup makan. Tapi rileks je. Anak ramai, rumahtangga bahagia. Isteri dan anak anak cukup makan, cukup pakai.


  • Ikhlaskan hati ketika bekerja. Jangan asyik merungut sahaja. 

  • Jaga hubungan dengan Allah. Sesibuk mana pun bekerja, time solat kita kena solat.

  • Jangan lupa bayar zakat pendapatan. Kalau tak larat nak bayar untuk setahun, pergi Lembaga Zakat Selangor tanya staff LZS pasal skim BERKAT. Skim potongan zakat bulanan melalui potongan gaji. Kalau keje area Selangor la. Kalau area lain boleh tanya pusat zakat negeri masing masing.




ps: sekadar sedikit peringatan untuk diri saya dan rakan rakan yang dikasihi.




35 comments:

Unknown said...

peringatan utk semua...terima kasih...

||aLeaSaRa|| said...

alhamdulillah sharing yg bgs.dh sllu nmpk dpn mata ofcemate yg rjn n malas kerja,bos yg gaji bsr tp x ckp2 je duit dia sbb tiap2 bln krta rsklah accidentlah smpi one day sy paksa diri utk tya "incik boss dh byr zakat?" n_n

a.R said...

baiklah....

Wadi AR said...

nampak tadi ni

Unknown said...

insha Allah akan menjalankan tugas dgn penuh tanggungjawab.selamat pagi hari ini

Zaza Abdul Latif said...

InshaAllah..
keberkatan itu penting :)

4feet8 said...

potong gaji setiap bulan senang. kalau nak tunggu setahun sekelepuk memang pengsan..

Nick Nashram said...

orang kata makin banyak gaji kita, makin bnyk pulak keperluan nak dipenuhi..keta besar,rumah besar..konpem ada niat nak tmbh isteri jugak..hahah

sea_lavender said...

thanks berkongsi :) terbaca juga kata2 ni.. jujur sye katakan kerana "keberkatan" atas sesuatu tidak nmpak dgn mata kasar membuatkan kita lupa amanah dan tggjwab yg kta galas. jika kita sentiasa ingt soal keberkatan pasti kte lakukan penuh ikhlas dan amanah krn Allah :)

Ayue Rejaluddin said...

Alhamdulillah....
Masih cukup, walaupun paras hidung... =D
Thanks atas peringatan ni... =D

NIZAM said...

saya belum lagi memegang status bekerja. tapi thanks berkongsi. :)

inche hlovate said...

pokok pangkalnya kita kena byk bersyukur..jgn asyik merungut je bila kerja tu..

*peringatan untuk diri ini juga

intanfirdaus247 said...

TMM, tgk komen Nick Nashram tu..amboehh./heheh..entry yg bagus n

MizzTina said...

kdg² rs xikhlas bila ditindas.. tp memikirkn tu punca rezeki n nk rezeki yg berkat, kena ikhlaskn hati..

nurdani said...

betul2 peringatan untuk diri saya. alhamdulillah saya dah bagi sehabis baik untuk kerja saya walaupun gaji tak besar mana. masih rasa cukup.

memang betul, masa kat tempat kerja lama, saya buat kerja macam biasa2 je, last2 gaji habis entah ke mana. lepas tu lah mak saya cakap, kerja kalau berkat ni kita kena tengok dari cara kita bekerja. niat kita. kalau baik,baiklah. kalau tak betul,mesti duit asyik tak cukup.

Amin A. R said...

betul2.....kalau kerja tak ikhlas dan asyik merungut, memang la hasilnya tu takkan mencukupi...

intan.maisarah said...

bekerja keras , beribadah bagai tiada lagi hari esok

ghost said...

makin besar pendapatan makin besar perbelanjaan. makin besar perbelanjaan makin lah kita kena kuat kerja untuk dapatkan promotion.

aizamia3 said...

* peringatan untuk diri sendiri jugak.. ;)

Unknown said...

masih tak tenteram... ok kena improve lagi ni =='

khaifaiz said...

peringatan untuk saya juga.. tq

afzalsukasuki said...

semakin besar gaji, semakin besar nafsunya untuk tambah hutang

ellynadyra said...

Tq atas ingatan. Berkat tu sgt universal.

Unknown said...

alhamdulillah..nice sharing
moga jd peringatan buat diri sy

maszull said...

assalamualaikum...info yang menarik ni...:)

Unknown said...

tujuan bekerja?

duit tak pernah cukup, kerja takkan habis :)

Anonymous said...

insya'Allah. walaupun tak keje lagi. akan di apply untuk masa study.

terima kasih atas perkongsian

^^

JR said...

Peringatan yg baik..Satu lagi yg saya tengok ada sebahagian pekerja kita yg sangat berkira dlm bekerja. Kalau dia buat kerja lebih dia claim overtime, kalau dlm waktu kerja dia pergi makan, pergi bersembang dgn rakan ofis sebelah berejam2 tak mau tolak gaji pula...

Chipsmore said...

ikhlaskan diri dalam melakukan pekerjaaan.. :D

Chic Na said...

duit kalau masuk banyak, keluar pun banyak. :)

hara said...

terima kasih atas peringatan.
insyaAllah sama2 kita perbaiki diri :)

Azlan Strider said...

perkongsian yang menarik...rasa bersalah plak bw time keje..tapi xpe laa, kalau x bw pun bukan ade keje..hehehe

Regards,
-Strider-

~ayusleeping~ said...

good sharing... ^_~

tehr said...

ikhlas dan berkat
mudah2an cukup nanti

Hazmin said...

Kerja memang kena ikhlas. Tapi tu la.. Kalau dah marah dekat bos, kadang-kadang kita boleh tebabas jugak merungut pasal kerja ni.