ADVERTHOLOGY

Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Wednesday, March 27, 2013

adakah anda betul betul bekerja seperti yang sepatutnya?







sumber gambar : facebook


  • Banyak dah saya jumpa manusia manusia yang besar gajinya tetapi hidup masih tidak tenteram. Ada sahaja yang tak cukup. Ada sahaja masalahnya. Hutang masih keliling pinggang. Hurm..... besar periuk, besar keraknya.


  • Banyak kali juga saya jumpa manusia manusia yang kerja biasa biasa sahaja. Gaji cukup cukup makan. Tapi rileks je. Anak ramai, rumahtangga bahagia. Isteri dan anak anak cukup makan, cukup pakai.


  • Ikhlaskan hati ketika bekerja. Jangan asyik merungut sahaja. 

  • Jaga hubungan dengan Allah. Sesibuk mana pun bekerja, time solat kita kena solat.

  • Jangan lupa bayar zakat pendapatan. Kalau tak larat nak bayar untuk setahun, pergi Lembaga Zakat Selangor tanya staff LZS pasal skim BERKAT. Skim potongan zakat bulanan melalui potongan gaji. Kalau keje area Selangor la. Kalau area lain boleh tanya pusat zakat negeri masing masing.




ps: sekadar sedikit peringatan untuk diri saya dan rakan rakan yang dikasihi.




Monday, March 18, 2013

muflis akhirat




"Orang muflis adalah orang yang pada hari kiamat, dia datang dengan membawa amalan solat, puasa dan zakatnya. Tetapi dia mencaci orang, membuat tuduhan palsu padanya, makan harta orang dengan cara yang salah, menumpahkan darah dan memukul orang. Maka Allah memberikan balasan amal kebaikan (pahala) orang itu kepada yang dianiaya. Apabila amalan kebaikannya itu habis diberikan sedangkan tuntutan kesalahannya belum selesai, maka Allah mengambil dosa dosa orang yang dianiaya dan ditanggung oleh orang yang menganiaya itu. Dia kemudian dicampakkan ke neraka." 

~ Rasulullah SAW (Riwayat Muslim) ~





ps : Asyik sibuk dengan urusan dunia dengan kerjanya, persiapan menyambut baby nya dan perihal rumah. Sekali sekala jom kita bertazkirah mengingatkan diri sendiri dan rakan rakan pasal urusan akhirat pula :-)