houz depot privillage card |
Ahad yang lepas saya ke Houz Depot lagi. Untuk urusan barang barang rumah nampaknya memang saya selesa di sini. Banyak offer dan pilihan. Memandangkan saya akan selalu ke houz depot selepas ini maka saya register terus untuk 'privilege card'. Pelanggan dikenakan bayaran sebanyak RM15 untuk mendapatkan kad ini dan valid sehingga setahun. Pemegang 'privilege card' houz depot layak mendapat point atau cash voucher dalam setiap pembelian yang dilakukan bergantung kepada promotion ketika itu.
Semalam saya beli set induction dapur (hob) beserta hood nya sekali berjenama Elba dengan harga promosi Rm2699.00. Untuk diletakkan di rumah baru saya di Bandar Enstek nanti. Dengan 'privilege card' houz depot, saya layak menerima cash voucher sebanyak RM3.00 untuk setiap Rm100.00 yang dibeli dalam satu resit. So, jumlah keseluruhan cash voucher yang saya dapat semalam adalah RM84.00. Berbaloi rasanya sebab dah lah barang harga murah, dapat pula cash voucher. Saya plan nak gunakan cash voucher tersebut minggu hadapan kerana minggu hadapan plan nak beli paip sinki, lampu meja makan dan lampu ruang tamu pula. Tak dapat la cover semua harga dengan voucher tersebut tetapi dapatlah mengurangkan sikit. Memang saya beli sikit sikit barang tu sebab nak beli sekaligus boleh bankrupt saya nanti..hehehe.
houz depot cash voucher |
Jika rakan rakan nak cari barang barang hardware rumah, saya rekomen untuk cuba survey di Houz Depot ini dan bandingkan harganya. Pada pendapat saya sangat berbaloi. Ada dua cawangan Houz depot iaitu di :
No 239, Jalan Tunku Abdul Rahman, KL (berhadapan Maju Junction)
dan
Plaza Pelangi Astana, PJU6, Persiaran Surian, Petaling Jaya (berdekatan IKEA)
25 comments:
memang menarik ni
:)
Harga utk org yg memiliki seluar dalam berlian ni
cantik la kad houz depot ni... :)
yup.. aku kadang survey2 ghak barang houz ni kat damansara.. banyak pilihan.. selamat berumah baru..
kat houz ni mmg byk pilihan, aku pun suka...
tengok harga dapur pun dah boleh buat poket aku goyang
Bagus sistem ni..Practical bila kita nak beli byk barang di kedai yg sama, berulang kali
menariksss
wow, harga baik. siap ada privilege card lagi, dengan cash voucher. berbaloi...
Tengok ke harganya tu......telan liur dulu.
dekat ngan umah nie..houz depot rupanya ade privilege card rupanya..baru tau nie..hehehe
Regards,
-Strider-
sekurang2nya dapat jimat. memang suka kalau melibatkan barang rumah ni.hehe
harga berbling2 mata
wan, nanti pasang sendiri ke dia hantar n pasangkan..? penghantaran cas mcmn? ingat nak cari dapur baru tuk mak juga..
Heihei..kalau mampu untuk semua pa salahnya male..utk rumah sendiri jug..investment..investment.haha.
wah pembelian yg bijak..siap dpt boucer lg..byak bleh jimat :)
wah ...tp sy x mampu..:(huhu
1st time dengar tentang houz depot ni...
hehehee
@4feet8 : penghantaran percuma utk lembah klang. RM105 untuk luar kawasan.... pemasangan saya tak pasti sebab saya beli dan hantar sahja, tak tanya pulak pasal pemasangan sebab orang yang buat kitchen cabinet rumah saya nnt akan terus pasangkan masa dia buat cabinet tu.
Tu dia!
Salam.
Berhadapan Maju Junction ya.. saya patut pergi tengok juga ni.
walopon belum memiliki umah, tp suka klu nak pi shopping brg2 umah ni..best! akulah peneman setia klu sesape ajak pi shopping tmpt2 gini..
AJ selalu lalu kat Houz Depot depan pertama complex tu..
Tapi tak penah pulak masuk.....
memang berbaloi dengan gift voucher tu. good choice.
waaa bestnye ada set induction dapo baruu..baru smgt nak memasak nanti heeee
Post a Comment