ADVERTHOLOGY

Showing posts with label rumah baru. Show all posts
Showing posts with label rumah baru. Show all posts

Sunday, May 12, 2013

update progress rumah




Macam biasa, hari sabtu saya perlu berada di Bandar Enstek untuk urusan rumah baru saya. Maklumlah weekdays bekerja, so kebanyakan appointment hanya dibuat pada hari sabtu. Kali ini ada appointment dengan pemasang rod curtain dan 'blind' pulak. Barangan LG yang dibeli semasa HOMEDEC minggu lepas pun dihantar hari sabtu. 



TV ruang tamu, rak untuk letak astro decoder belum beli lagi. Maybe nak beli yang drill kat dinding jugak untuk menjimatkan ruang. Abaikan surat khabar yang saya tampal kat cermin tu. Since rod curtain baru di pasang dan langsir belum ditempah, so surat khabar menjadi pengganti.


Add caption

TV untuk bilik utama adalah hasil permintaan isteri. Tak nak berebut remote katanya. Dan juga 'blind' yang baru dipasang.




Ruang dapur yang agak sesak dengan kitchen cabinet, peti sejuk dan washing machine. Washing machine tu temporarily letak belah dalam rumah sebab kitaorang belum start duduk situ lagi. Lepas dah berpindah maybe akan letak diluar belakang rumah. So ruang di dapur kembali lega. Hopefully.

Untuk wallpaper yang dah lama tertangguh, appointmentnya should be ahad tetapi since saya dan isteri ada hal lain makanya atas dasar percaya, saya serahkan kunci rumah sahaja kepada tauke wallpaper tu dan dia akan pasang tanpa kehadiran kami.

Jika keadaan mengizinkan saya akan tunjukkan wallpaper yang dipilih di dalam blog ni nanti. Masih lagi tidak lari dari tema grey n white :-)


Thursday, April 18, 2013

kompilasi cerita rumah




Sejak terima kunci rumah baru ni makin ligat pulak saya kongsikan
cerita cerita perihal rumah dan persiapan sebelum mendudukinya. Belek belek entry lama jumpa 10 entry yang ada kaitan pasal rumah. Itupun kalau saya tidak terlepas pandang la. Di sini, saya compile kan entry tersebut sebagai sumber rujukan diri sendiri dan untuk perkongsian pengalaman bersama dengan rakan rakan blogger semua. Ingat album lagu je ke ada edisi kompilasi? hahaha




FASA BARU (15.04.2013) 

MEMBELI BELAH DI HOUZ DEPOT (01.04.2013)

APA YANG PERLU DIBUAT SETELAH MENDAPAT KUNCI RUMAH (20.03.2013)

PENGELUARAN CARUMAN KWSP (AKAUN 2) UNTUK BAYARAN ANSURAN RUMAH (08.03.2013)

HOUZ DEPOT : TEMPAT TERBAIK MEMBELI PERKAKASAN RUMAH (03.03.2013)

THINK BEFORE YOU BUY A PROPERTIES (02.03.2013)

BAGAIMANA MENJIMATKAN RUANG RUMAH ANDA YANG KECIL? (15.02.2013)

TIPS MEMBELI RUMAH : LOGISTIK (31.01.2013)

BAGAIMANA SAYA MEMBELI RUMAH? (30.01.2013)

HARGA RUMAH 2013 DIJANGKA BAKAL TERUS NAIK (08.01.2013)



Monday, April 15, 2013

fasa baru




Sejak akhir akhir ini, inilah lokasi yang saya pergi setiap sabtu dan kadang kadang tu hari ahad pun kena datang juga. Hujung minggu saya dihabiskan dengan menguruskan segala persiapan untuk memasuki rumah baru. Ingatkan dapat kunci boleh terus masuk tetapi rupa rupanya macam macam hal perlu diselesaikan terlebih dahulu.




Difikirkan semula, banyak juga perkara perlu diambil kira sebelum masuk rumah baru ni seperti wiring, grill, kitchen cabinet, wallpaper, kipas, lampu, aircond, water heater, tv, mesin basuh, sofa, katil, rod langsir, kain langsir, dapur, hatta beli solex dan pasang astro pun kena masuk dalam kiraan bajet. 

Nak tak nak kena buat sedikit demi sedikit. Nak buat semua sekaligus memang tak mampu la. Saya juga bukanlah jenis yang suka masuk rumah jika ada perkara yang masih tak complete. So, rasa keterujaan nak duduk rumah baru tu terpaksalah ditahan tahan hingga settle semua perkara.


Monday, April 8, 2013

keep calm and drink coffee






Hujung minggu. Minum petang bersama 'miss beautiful'. Cerita pasal rumah, baby dan kerja. Berkongsi pandangan, merancang masa depan. 

Monday, April 1, 2013

membeli belah di Houz Depot





houz depot privillage card

Ahad yang lepas saya ke Houz Depot lagi. Untuk urusan barang barang rumah nampaknya memang saya selesa di sini. Banyak offer dan pilihan. Memandangkan saya akan selalu ke houz depot selepas ini maka saya register terus untuk 'privilege card'. Pelanggan dikenakan bayaran sebanyak RM15 untuk mendapatkan kad ini dan valid sehingga setahun. Pemegang 'privilege card' houz depot layak mendapat point atau cash voucher dalam setiap pembelian yang dilakukan bergantung kepada promotion ketika itu.

Semalam saya beli set induction dapur (hob) beserta hood nya sekali berjenama Elba dengan harga promosi Rm2699.00. Untuk diletakkan di rumah baru saya di Bandar Enstek nanti. Dengan 'privilege card' houz depot, saya layak menerima cash voucher sebanyak RM3.00 untuk setiap Rm100.00 yang dibeli dalam satu resit. So, jumlah keseluruhan cash voucher yang saya dapat semalam adalah RM84.00. Berbaloi rasanya sebab dah lah barang harga murah, dapat pula cash voucher. Saya plan nak gunakan cash voucher tersebut minggu hadapan kerana minggu hadapan plan nak beli paip sinki, lampu meja makan dan lampu ruang tamu pula. Tak dapat la cover semua harga dengan voucher tersebut tetapi dapatlah mengurangkan sikit. Memang saya beli sikit sikit barang tu sebab nak beli sekaligus boleh bankrupt saya nanti..hehehe.


houz depot cash voucher

Jika rakan rakan nak cari barang barang hardware rumah, saya rekomen untuk cuba survey di Houz Depot ini dan bandingkan harganya. Pada pendapat saya sangat berbaloi. Ada dua cawangan Houz depot iaitu di :

No 239, Jalan Tunku Abdul Rahman, KL (berhadapan Maju Junction)

dan

Plaza Pelangi Astana, PJU6, Persiaran Surian, Petaling Jaya (berdekatan IKEA)





Sunday, March 31, 2013

kisah uncle tauke kitchen cabinet yang prihatin



Sejak akhir akhir ini hari hari cuti minggu saya banyak dihabiskan dengan urusan urusan rumah dan baby. Memilih technician untuk wayering dan installation kipas, lampu, water heater dan aircond. Pendek cerita semalam sampai turn untuk saya decide memilih kontraktor untuk kitchen cabinet.

Dari awal hingga akhir perbincangan dan tawar menawar harga, saya kadang kadang tu terbatuk la jugak. Tekak ni time macam ni la dia nak gatal. Dah dua minggu jugak batuk ni tak hilang. Ubat batuk dah dua botol habis.

Tauke ni nama dia Uncle Lee. Uncle Lee tanya sudah berapa lama batuk dan bila dia tahu sudah masuk dua minggu dia suggest saya pergi kedai ubat cina dan beli satu botol kecil ubat batuk nama dia 'tepako' ke 'popoko' ke saya tak tau. Memandangkan saya agak blur bila dengar nama ubat tu, Uncle Lee  terus tulis nama ubat tu dalam tulisan cina. 

"Ini nama itu ubat, lu kasi ini kertas dekat itu tauke kedai ubat  tradisional cina. Nanti dia tau la" - kata Uncle Lee


nama ubat batuk tu dalam karakter tulisan cina

Saya angguk kepala tanda ok dan terus masuk kertas yang Uncle Lee bagi tu sebagai tanda nak jaga hati dan menghargai keprihatinan dia tu. Sebenar bukan masalah ubat sampai dua minggu batuk tak reda. Lebih kepada kegagalan saya berpantang. Batuk batuk pun, ais batu tetap minum. Rokok pula saya cuba stop tapi gagal cuma dapat kurangkan lah.

So, no wonderlah kan :-)

Wednesday, March 20, 2013

apa yang perlu dibuat setelah mendapat kunci rumah







Antara perkara yang perlu dititik beratkan pada hari pertama anda mengambil kunci rumah baru adalah memastikan keadaan rumah anda berada dalam keadaan baik. Pemaju biasanya akan memberi borang untuk anda membuat laporan jika ada sebarang defect didapati. Oleh itu anda dinasihatkan memeriksa keadaan rumah anda bagi memastikan sebarang defect dapat dilaporkan kepada pemaju untuk dibaik pulih sebelum anda benar benar menduduki rumah tersebut.

Antara defect yang sering dikenalpasti berlaku ialah :

  • crack pada dinding dan lantai.
  • tombol pintu longgar
  • pintu pagar berkarat dan perlu dicat semula
  • flush toilet rosak
  • pemulas shower longgar
  • tiles dipasang tidak kemas
  • tingkap tidak boleh ditutup rapat
Untuk pengetahuan, pihak pemaju akan menanggung kos penambahbaikan segala defect yang dilaporkan. Masa yang diberikan oleh pemaju untuk menyelesaikan masalah defect tersebut adalah selama selewat lewatnya sebulan bergantung kepada defect yang dilaporkan.

Jika selesai hal defect tersebut, anda juga boleh mengambil kesempatan yang ada pada lawatan pertama ke rumah baru anda dengan mengambil ukuran tingkap untuk membeli curtain rod dan menempah langsir. Ukuran ruang dapur juga boleh diambil jika berkira kira ingin memasang kitchen cabinet. Ukuran perlu diambil bagi memastikan anda mendapat anggaran harga yang tepat ketika tinjauan dibuat ke kedai kedai kitchen cabinet. Oleh itu jangan lupa juga untuk membawa pita pengukur ketika ingin mengambil kunci rumah anda :-)



Lawatan pertama juga adalah untuk mengenalpasti jika ada keperluan untuk menambah point lampu dan kipas serta soket di dalam rumah anda. Jumlah kipas, lampu, aircond dan water heater yang diperlukan untuk rumah tersebut juga perlu dipastikan dan disediakan sebelum melantik mana mana kontraktor atau technician untuk melakukan kerja kerja installation item item tersebut.