ADVERTHOLOGY

Saturday, August 1, 2020

kehidupan yang kita pilih


1.

Sejak bekerja dalam norma baru ni baru saya sedar yang kita masih boleh cam seseorang itu walaupun ketika mereka sedang memakai facemask. Perkara ini terjadi kepada saya ketika bertugas di Cyberjaya baru baru ini. Saya ditegur oleh seorang pelanggan yang asalnya dari Bangi.

"Dah lama ke pindah cyberjaya? Patutlah dah lama tak nampak di bangi."

Saya cuma tersenyum dan sekadar menjawab ringkas,

"Lama dah pindah, tak sangka jumpa di sini pula ya".

Bukan tak nak jawab dan borak lebih lebih. Masalahnya saya pula yang tak cam langsung dia !

Ohh ya, part saya tersenyum tu rasanya dia tahu tak? Orang cakap walaupun pakai face mask, orang masih tahu kita sedang tersenyum melalui mata.

2.

Malam raya haji ni pun jiran tertangga sibuk berperang main mercun. Saya bukan anti sangat dengan mercun. Saya suka tradisi kemeriahannya tapi takkanlah raya haji pun nak main mercun? Yang saya maksudkan dengan tradisi kemeriahan tu bagi saya hanyalah malam raya aidilfitri. Tapi malam raya haji? kemon la. Moratorium tak sambung mulalah bising bising tapi duit yang ada bukannya nak simpan sebaliknya buat beli mercun pula.

3.

Pengumuman PM yang tidak menggalakkan seramai 20 orang berada dalam rumah dalam satu satu masa membuatkan perancangan adik beradik saya untuk buat BBQ pada malam Raya Haji pertama dibatalkan. Keluarga kami besar adik beradik 8 orang dan hanya seorang yang belum berkahwin.  Yang lain sudah berkeluarga dan beranak pinak. Kami terpaksa balik bergilir gilir. Sebahagian balik kampung khamis, ada yang balik jumaat dan saya balik kampung sabtu.

4.

Dalam hal saiz baju dan saiz badan ni saya selalu tetapkan pendirian untuk ikut saiz baju. Misalnya, kalau sebelum ni pakai t shirt saiz L boleh muat sekarang tiba tiba dah tak muat. Maksudnya kena kuruskan sikit badan tu supaya kembali muat untuk saiz L. Bukannya bila saiz L tak muat, terus beli saiz XL. Kalau dilayankan begitu, dah sampai baju saiz 4XL nanti baru kau tahu apa ertinya penyesalan.

5.

Ada sorang customer ni. Kalau datang bank asyik nak komplen sahaja. Itu tak kena, ini tak kena, itu salah, ini salah. Ada sahaja yang tak betul di mata dia. Paling tak syok apabila mula membanding bandingkan dengan bank lain. Paling lagi tak syok ialah selalu juga dia datang bank yang dia kutuk kutuk ni. Apsal tak tutup sahaja akaun dan buka akaun di bank yang selalu dipuji melambung lambung tu? Pilihan kan di tangan anda? 

Kami di sini syak dia memang ada masalah peribadi. Asyik tak tenteram sahaja emosinya.


13 comments:

uncle gedek said...

Point nombor 3 tu sangat bijak lagi budiman...! Tahniah!

Syazni Rahim said...

yang last tu mungkin dia kurang perhatian dan kasih sayang

ewanthology said...

@uncle gedek : tapi sedih la juga skit, x dpt berkumpul semua sekaligus.

@syaz rahim : mungkin juga

Warisan Petani said...

Salam aidil adha 1441 H

ewanthology said...

@Warisan Petani : Salam AidilAdha juga.

Nizam.Ariff said...

Sampai bila nak begini?
Harga jawapan yg mahal...

ewanthology said...

@NizamArif : sampai ada pilihan lain.

Ujie Othman said...

Kami berkumpul lebih 20 orang ahli keluarga pada pagi hari raya.
tapi rumah mak kat kampung tu banyak ruangan luas. Duduk berkumpul beberapa grup di ruangan berbeza.

Untuk no.4 tu, bagus sungguh disiplin. memang gitulah yang sepatutnya. Tapi...susah, hehe.

HeNRieTTa JoSe said...

1. setuju....senyum masih boleh kelihatan pada mata....

4. nak kena praktik juga ni....tpi lain skit...size baju mmg xpernah berubah sejak umo 20an...tpi nak cuba la...utk kurangkan size...sebab masih ada size yang lebih kecil d pasaran....hehehe...

Wak Lat said...

keje bank mesti byk duit kann.,
wak nk pinjam sejuta rm bolee?? hehehe

ewanthology said...

@wak lat : yg banyak duit.. bank, bukan saya..haha

Khairul Krol said...

Saya setuju point no.4 tu..kalau tak sampai bila2 tak kurus-kurus hehehe

Sunah Sakura said...

memang, saya pun kalau boleh selalu ingatkan diri, kuruskan la badan supaya muat balik baju saiz S..ehh..hahaha