ADVERTHOLOGY

Tuesday, November 23, 2021

Seminggu di Seri Petaling

Satu perkara yang perlu diambil maklum pasal seri petaling ni ialah nak dapat parking susah kemain. Haaa, satu lagi parking dia  RM1 sejam. Bayangkanlah kalau kerja 9am-6pm tu macam mana. Tapi sejak MCO nampak gaya DBKL tak turun kawasan lagi. 

Makanya kalau nak senang parking kena sampai awal sebelum 8:15am. Setakat ni matahari belum muncul saya sudah keluar rumah dan sampai lebih kurang pukul 7:50am - 8:10am dan Alhamdulillah parking ada kosong. Menjelang 8:30 selalunya dah penuh dan ikut nasib la kalau dapat pun jauh dari office. Bolehlah nak jogging dari parking lot ke office kalau teringin. 

Dan yang ketiga (ehh banyak pulak), kedai makan melayu susah nak jumpa area dekat dekat office ni. Sambil menung dalam kereta, order breakfast kat Food Panda sahajalah penyudahnya. Takkan nak order itik panggang kat kedai apek sebelah ni pulak.

Seminggu macam ni. Kopak.



2 comments:

Laura Cantik said...

itik panggang ye tak.

huhu.

aku terhibur.

Asrul "iLham" Sany said...

And jem merata tempat... Sighbertabahlah