Satu perkara yang perlu diambil maklum pasal seri petaling ni ialah nak dapat parking susah kemain. Haaa, satu lagi parking dia RM1 sejam. Bayangkanlah kalau kerja 9am-6pm tu macam mana. Tapi sejak MCO nampak gaya DBKL tak turun kawasan lagi.
Makanya kalau nak senang parking kena sampai awal sebelum 8:15am. Setakat ni matahari belum muncul saya sudah keluar rumah dan sampai lebih kurang pukul 7:50am - 8:10am dan Alhamdulillah parking ada kosong. Menjelang 8:30 selalunya dah penuh dan ikut nasib la kalau dapat pun jauh dari office. Bolehlah nak jogging dari parking lot ke office kalau teringin.
Dan yang ketiga (ehh banyak pulak), kedai makan melayu susah nak jumpa area dekat dekat office ni. Sambil menung dalam kereta, order breakfast kat Food Panda sahajalah penyudahnya. Takkan nak order itik panggang kat kedai apek sebelah ni pulak.
Seminggu macam ni. Kopak.
3 comments:
itik panggang ye tak.
huhu.
aku terhibur.
And jem merata tempat... Sighbertabahlah
setuju pasal makan tu...
Post a Comment